Halal

Wednesday, December 7, 2016

Mega Khatan

Teringat satu iklan merdeka oleh petronas dahulu berkenaan dengan 2 sahabat yang menjenguk kawannya bersunat. 'Itu benda potong dia ada kasi balik ka?'. Memang lagend iklan tu. Tapi itu mungkin untuk kisah berkhattan dalam kumpulan yang kecil, agak dalam 10 ke 20 orang untuk sekali berkhattan. Tapi lain pula yang berlaku di sebuah kampong di puchong selangor yang menganjurkan berkhattan dengan bayaran hampir percuma. 


Adakah 50 orang? 80 Orang ? 

Uber/Grab : Kerja bagai nak gila


Kadang2 kesian dengan abang-abang pemandu teksi yang sekian lama dalam industri pengangkutan ini kerana pendapatan mereka terjejas teruk akibat dari saingan 'teksi sapu moden' yang kini menguasai pasaran mereka. Mungkin ada bermacam-macam alasan dan masalah yang menyebabkan abang-abang pemandu terpaksa akur dengan kehendak pelanggan diluar sana yang beralih arah, kehidupan mereka sebagai pemandu teksi dengan kenderaan dimamah usia  terpaksa diteruskan.

Sunday, March 13, 2016

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya sangkut kat syiling

Kalau kisah DSN dengan 1mdb yang bermacam-macam bukti di keluarkan tidak mampu untuk mendakwa beliau , adakah DSN berasa dirinya akan selamat? Adakah sokongan rakan-rakan dalam BN akan sentiasa berpihak kepadanya atau sekadar sokongan membawa rebah? Satu dunia menumpu kepadanya dalam kes 1mdb ini, semua bukti-bukti hidup disorok jauh-jauh , dihilangkan dan sebagainya sehingga mengancam nyawa orang-orang yang terlibat dalam siasatan itu.


Saturday, February 27, 2016

Masjid ini juga yang untung!

Sejak dari kisah DR M buang DSAI suatu masa dahulu sampailah kehari ini, buatkan kita semua tak jadi kerja kerana memikirkan apa kisah selanjutnya lepas ini. Kisah ini semacam berulang semula dengan kisah DSAI dulu. Memang DSN ikut sebiji-sebiji cara dan gaya pemerintahan DRM ini. Malas nak kupas panjang-panjang kerana dulu (masa pemecatan DSAI) seharian tidak dapat tidur memikirkannya.' BUang masa jer dengan dorang ini'.

Ada satu kisah yg best, iaitu kisah satu masjid diPerak yang menarik, kerna dianugerahkan satu keunikkan yang mungkin tiada di masjid yang lain.... 

Sunday, February 21, 2016

Rompakan tabung masjid paling GANAS di shah alam

Kejadian yang berlaku pada 8.2.2016 jam 5.50 pm, seorang yang disyaki pencuri tabung kelihatan tidur2 ayam disebalik tiang masjid Baitul Mahabbah (masjid proton) seksyen 27 shah alam selangor. Imam masjid tersebut perasan adanya seorang insan yang sedang baring ditepi tiang pada hari kejadian tersebut dan menyangkanya adalah seorang musafir yang tumpang solat disitu.

Rupanya setelah imam itu pulang kerumahnya, lelaki yang pura2 tidor itu menggunakan kesempatan ramai jemaah yg pulang bercuti sempena tahun baru cina untuk lakukan kerja ini. Apa yg berlaku seterusnya amat mengejutkan ...

Wednesday, February 17, 2016

Di antara mewarisi dan menguasai

KISAH pewaris yang berbelanja dan menghabiskan harta peninggalan orang tuanya sudah menjadi klise samada melalui cerita dari mulut ke mulut mahupun bila ia dijadikan drama TV.
Harta yang diwarisi itu langsai secara cepat kerana si pewaris memperolehnya cara mudah seperti bulan jatuh ke riba. Kerana tidak pandai mencari, maka si pewaris itu juga tak pandai menyimpan. Akhirnya, dia hilang segala-galanya dan kembali ke asal yang tiada apa-apa.
Orang yang meninggalkan harta pusaka yang melimpah ruah kepada anak cucu itu biasanya terdiri daripada mereka yang rajin berusaha. Mereka bekerja di segenap waktu untuk membina diri dan keluarganya tanpa mengenal penat dan lelah. Hasrat mereka, biarlah mereka letih dan sengsara asalkan anak cucu yang menerima harta pusakanya akan senang lenang di kemudian hari.

Wednesday, February 10, 2016

Perlunya fiqh multikultural

SEORANG ustaz dengan bangga mengatakan, “Kalau dulu, kita perlu pergi perpustakaan untuk dapatkan kitab Musnad Ahmad. Sekarang, bukan sekadar Musnad ini, seluruh perpustakaan kitab-kitab klasik ulama berada dalam tab saya ini! Gajet ini adalah perpustakaan digital berjalan saya!”

Inilah keadaan dunia tsunami informasi masa kini. Ketinggalanlah agamawan yang hanya membaca sebuah kitab fiqh berdasarkan satu aliran sahaja. Dia tidak akan mampu bersaing hujah dengan mereka yang mempunyai gajet atau perpustakaan digital.